Sebelum kita tahu apa perbezaan antara kontraktor dengan tukang baiklah kita fahami dulu maksud sebenarnya bagi 2 pekerjaan ini.
Kontraktor ialah orang atau syarikat yg mengikat kontrak utk menjalankan sesuatu perkhidmatan, membekalkan bahan atau buruh, dsb terutamanya utk kerja pembinaan: hanya ~ yg berdaftar sahaja yg dibenarkan membuat tawaran utk mendirikan bangunan kerajaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat) Tukang ialah 1. orang yg mahir dlm sesuatu pekerjaan tangan, contohnya jika sesorang itu mahir/pandai dalam bahagian kayu maka dia dipanggil tukang kayu dan begitu juga jika mereka mahir/pandai dalam binaan rumah maka dia dipanggil tukang rumah.
Ada banyak perbezaan antara memilih penggunaan khidmat kontaktor dan tukang, tetapi saya cuma senaraikan 2 perbezaan yang utama sahaja antaranya:
Duit : Jelas, memilih kontaktor adalah lebih mahal dari tukang ini kerana kontraktor terikat dengan kontrak dan waranti yang ditanggung oleh kontrakor sendiri manakala dengan tukang yang tiada sebarang kontrak dan waranti yang diletakkan keatas mereka.
Permasalah di tapak binaan : Masalah pekerja dan barang binaan adalah 2 benda yang selalu berlaku di tapak projek, dengan kontraktor, tuan rumah tidak perlu susah payah memikirkan perkara ini dan jika mengaji tukang tuan rumah perlu bersiap mental dan fizikal untuk menghadapai masalah ini.
Comments