1. Status hak milik tanah
- terdapat 3 jenis tanah yang perlu kita ambil tahu iaitu tanah pertanian, tanah bangunan dan tanah perindustrian. Mengikut Seksyen 116 Kanun Tanah Negara, dalam surat hak milik, kategori penggunaan tanah perlulah dinyatakan sebagai “bangunan”, dengan nama anda sebagai pemilik tanah. Bagi tanah dengan kategori “pertanian”, anda boleh memohon daripada majlis daerah untuk menukarkan kategori tersebut kepada “bangunan” 2. Mempunyai kiraan bajet kos binaan
- Sedia maklum kos binaan pada 2022 kebanyakkannya sudah meningkat 50% dan keatas atas faktor penyakit COVID-19 yang sedang menular. Justeru perancangan bajet adalah sangat penting supaya tidak berlakunya masalah kekurangan bajet. 3. Melantik kontraktor yang dipercayai.
- Antara cara untuk memastikan kontraktor itu boleh dipercayai adalah dengan melihat hasil kerja yang telah dilakukan dan juga boleh bertanya kepada pelanggan-pelanggan yang pernah berurusan dengan kontraktor tersebut. 4. Perjanjian antara kontraktor dan tuan rumah
- Kebanyakkan isu projek terbengkalai adalah disebabkan tiada ‘hitam putih’ antara 2 pihak iaitu kontraktor dan tuan rumah. Jika berlaku sesuatu masalah anda boleh rujuk Kembali surat perjanjian untuk memastikan keadilan bagi kedua-dua pihak.
5. Pemantauan projek
- Jangan terlalu lepas tangan semasa rumah sedang dibina, selalu berhubung dengan kontraktor bagi memastikan projek berjalan lancar. Catat dan simpan segala resit yang dikeluarkan kontraktor.
Comments